Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, October 7, 2013

MARDHATILLAH SAYA CARIK.. (^_^) UJIAN ITU PENAWAR

3 Zulhijjah.... 8 Oktober 2013..

Adakalanya kite rase rebah bile ditimpa dengan ujian dan dugaan.. dan selalunye kite akan tertanya2 di mana silap, di mana dosa kite, kenapa sukar n payah sangat hidup kite..
seme orang akan rase mcm ni bile die susah, ye x? sama macam cikin... setiap kali ditimpa musibah, ada kalanya redha, tapi yang banyak kali ..--- merungut..kenapalah..

Tapi, tau x sebenarnya sesiapa yang selalu diuji dengan dugaan tu sebenarnya tanda Allah sangat sayang pada kita... kalau kite sangat selesa dalam comfort zone kite, kadang2 dek goyahnya iman, kite akan selalu melupakan Allah sikit demi sikit..kite lewat mendirikan solat, kurang amalan sunat, sedekah, senyum, ... sikit demi sikit kite akan rase ujub, takabbbur, ria' dan banyak la sifat mazmumah yang hinggap pada diri kite... tapi ade x kite pernah sedar...adakalanya ujian tu akan buat kite berfikir...susahnya hidup ni, susahnye nak capai satu2 matlamat...ade aje yang tersadung di tengah jalan... makanya mase tu la barula kite nak mengingati kekasih kita Yang Maha Satu..Ya Allah ... sungguh hambaMu ini x malu, ketika senang aku lupa pada Mu, ketika susah padaMu aku bersujud memohon segala bagai...ampunkanlah dosaku Ya Allah.. Moga Aku tidak tergolong dalam golongan munafiq pada Mu YaAllah..

Kawan2...cikin ada terbaca 1 entry post di FB arini, memang sangat masuk akal dan sungguh tepat penyataannya...

' Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah ujian....
Dalam Hadis Qudsi , Allah berfirman... 'Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya ' (HR Thabrani dari Abu Umamah).


Abu Said dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : " Seorang Muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesediham kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekali semuanya itu adalah penebus dari dosa-dosanya.. (H.R Bukhari dan Muslim) '

Semoga kite redha dan terima dengan hati terbuka segala ujian yang datang.... Allah x akan turunkan ujian yang kite x mampu menanggungnya...

Thought of the Day : Mardhatillah kita cari...Amiin...

Friday, September 20, 2013

AMALAN MENANGANI ANAK LASAK ATAU NAKAL ... FOR SHARING

1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk....

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.

8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya".

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.